Hai , Assalamualaikum :) Cuaca yang sangat baik >,,< Alhamdulillah .Waktu waktu macam ni memang sesuai sangatlah nak date dengan Allah . Ceh ceh . Sambil mendengar "Al-Haq" lagu abang botak a.k.a Mawi Ft AcMizal , aku nak update serba sedikit perkembangan baru sewaktu cuti sekolah . Ceyy , ayat nak gedik je kan ? Ahhhh , biok piy ler . Blog aku ! bukan kau ! kau pahal ! Eh , aku ni asal nak gaduh gaduh ? Kata sayang Allah ? Allah tak suka ummatnya bergaduh . Ecceyy lagi ~
Korang , korang . Korang semua sihat tak ? Syukur Alhamdulillah kalau semua sihat . Jaga kesihatan korang yee ? Entah lah , sejak bermenjak ni , bab bab kesihatan aku caring sangat . Risau je bila ada orang sakit . Even BATUK . Hurm . Yelah , aku pun dah jadi TRAUMA bila selalu tengok orang sakit . Berturut turut tahu ? Semuanya sakit kuat . Huhu , Mungkin Tuhan nak uji aku kot ? Aku terima .
First , kisah abah kena masuk hospital . IcU weyh ! Tak penah penah family aku kene masuk ICU ni . Tup tup abah kena . Ya Allah , masa tu lagi aku jadi down gila . Kesian Umi pagi sampai malam kena jaga abah . Memang itu tanggungjawab umi sebagai seorang isteri . Terima kasih dekat kawan kawan , pakcik makcik , saudara mara yang doakan abah sihat . Alhamdulillah , setelah tiga bulan menahan rasa perit tu , esok abah dah mula kerja . Abah cakap "tak sabar nak kerja esok . nak jumpo kawan kawan ." Cey abah ! Tak sabar konon! Haha . Alhamdulillah , abah . Dengan usaha abah yang tak henti berdoa , tak henti jaga kesihatan , makan ubat yang bertimbun timbun . Alhamdulillah , Allah bagi abah untuk terus berkerja mencari rezeki ;)
Dalam masa abah sakit , Pakcu a.k.a adik umi . Demam Denggi ! Tahap teruk sangat sampai masuk ICU ! Ya Allah , 3 hari kitorang ulang alik ke Pee Jay nak lawat pak cu. Pakcik kesayangan tu weh ! Makcu kata , pakcu taknak makan kalau orang suap . Pakcu nak umi aku jugak suap . Kesian Umi . Sebagai seorang kakak , umi tolong . Umi juga yang rasa sedih , penat . Umi sabar dengan ujian yang Allah bagi . Aku dan adik beradik sentiasa memberi semangat dekat umi . Serta berdoa yang terbaik . Alhamdulillah ,Pakcu semakin pulih .
Baru baru ni , aku teman umi balik Kelantan . Naik flight wey ! Ehekk . macam tak biasa pulak kan ? Tapi , takde apa yang seronok . Kitorang balik pun sebab emergency . Maklong aku ! Dia pulak tenat . Demam . Apa lagi , ICU jawabnya . Ya Allah , berat sungguh ujian yang kau berikan . See , ketiga tiga PATIENT berada di tahap yang bahaya . Semuanya ICU . Tiga tiga tu adalah orang yang umi rapat , umi sayang . Keadaan umi sedih sangat . Sabar ye umi . Maklong punya keadaan sekarang makin teruk . paru paru pulak berkuman . Ya Rabbi . Kami walaupun jauh , kami sentiasa mendoakan maklong dapat penawar sakit tu .
Dalam masa jangka yang panjang , banya dugaan yang umi lalui . Banyak benda umi berkorban . Banyak sangat . Tapi , dalam diam .. Umi pun sakit . Huhu , belakang umi sakit . Area pinggang . Aku tahu sakit tu macam mana . Aku tahu . Sakit sangat . Umi tahan sakit ni lama sangat . Dari bulan raya aidilfitri lagi . Umi dah check dekat klinik , tapi klinik tolak hospital je . Umi pulak jenis suka menangguh . Bukan apa , takkan la masa abah sakit umi nak pegi hospital ? Sape nak jaga abah ? Adik dia ICU , tak sampai hati dia nak pegi hospital . Aku banyak kali dah pesan , Ain tau umi sedih , tapi kesihatan umi tetap kene jaga . Umi pun sakit kan ? Haritu , Jumaat . Umi pergi check dengan Fahmi . Kene tahan wad . Tapi , doktor cakap , MRI okay , Xray Okay . So , umi kene masuk dewan bedah , and inject sendi punggung . Ya Allah ,dengar doktor explain pun dah menangis aku weh ! 6 jarum . Huhu . Doktor cakap keadaan umi teruk sampaikan tak dapat detect sakit apa . Ya Allah , tolong lah . Patutnya umi kene duduk wad dalam seminggu ,tapi umi taknak . Nak jugak balik . Doktor pun lepaskan je . Hurm . Semalam je pun dah 5k . Buiii , mahalnya !
Apa pun , aku dah nekad gila , taknak kasi umi usik penyapu sepanjang cuti ni . taknak kasi umi buat kerja berat . Adik akan jaga umi selagi adik masih ada miy . Aku berkorban jaga umi dekat hospital . Hati memang rasa takut sangat . Tapi demi , umi .. aku teman umi , jaga umi . Tak dapat tidur sangat . Takpe , demi UMI . Orang yang dah banyak berkorban kat aku . Umi sekarang makin sakit . bengkak kat tempat inject . Doa doa umi dan semua patient sihat seperti biasa . AMinnnn .
No comments:
Post a Comment